Thursday, February 26, 2009

Si Kecil Takut Api Neraka..Subhanallah

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada suatu hari, seorang pak cik tua berjalan2 ditepi sungai
sambil menikmati pemandangan yang indah. Tiba2
dia terlihat seorang anak kecil yang sedang berwudu'
di sungai tersebut sambil menangis.

Maka dia pun menghampiri anak kecil tadi dan
bertanya padanya:
"Wahai anak, kenapa kamu menangis wahai anak ku?"
Lalu anak kecil itu pun berkata:
"Wahai pak cik, aku takut aku akan dimasukkan ke
dalam api neraka..kerana itu aku menangis"
Jawab pak cik tadi:
"Anak ku, jangan lah engkau khuwatir akan dirimu
kerana engkau akan terlepas dari api neraka
disbbkan dirimu masih kecil"
Si kecil menjawab:
"wahai pak cik, tidak kah kamu seorang yang berakal?..
kalau kita lihat...bukan kah tuan pembakar yang ingin
menyalakan kayu apinya akan membakar ranting2 kayu
yang kecil dahulu,kemudian barulah kayu yang besar?"
Jawab pak cik:
"Ya memang betul, jadi apa maksud mu wahai anak?"
Jawab si kecil:
"Jadi mungkin anak2 kecil seperti akulah yang akan
dimasukkan dahulu di dalam api neraka..kerana
itulah aku sangat sedih dan takut"

Maka, terdiamlah pak cik tersebut tanpa berkata-
kata sepatah pun. Kemudia dia beredar dari tempat
anak kecil tadi berwudu' dengan perasaan sedih
dan menyesal kerana selama dirinya hidup di
dunia ini tidak pula dia memikirkan seperti
anak kecil tadi fikirkan sehingga dia sendiri
leka dengan nikmat dunia..

Jadi ana harap sahabat2 dan pembaca diluar dapat
mengambil pengajaran dan iktibar dari cerita tersebut.
Ingatlah Allah itu Maha Kuasa dan Maha Pengampun.
Sekian.

Friday, February 20, 2009

Semangat yang kian membara!!



Assalamualaikum..

Alhamdulillah semester akhir telah bermula. 2 minggu sudah ana dan sahabat2 seangakatan yang akan takharuj fasal nie menempuhnye
dengan perasaan risau, gerun, sedih dan sebagainya.
Tapi yang manisnya adalah masing2 sama ingat- mengingati, nasihat- menasihati dan memberi semangat antara satu sama lain.
Al-maklum lah, semua sama2 nak menamatkan pengajian
peringkat BA dengan cemerlang..jadi itulah lumrah hidup, dimana kita saling mendoakan kejayaan saudara kita yang lain.
Nak di kongsikan juga disini, bukan setakat itu sahaja semangat untuk terus
berjuang datang.. bahkan ada yang lebih dari tu lagi...
Disebabkan kami ni adalah student2 yang dikatakan jauh di mata tapi dekat
di hati(duk kat negara orang)hehe...macam biasalah,
mak ayah tersayang mestilah nak tengok anak-anaknya
berjaya di depan mata serta menerima segulung ijazah pun di hadapan mereka.
Alangkah beruntungnya kita mempunyai kasih sayang mak ayah
yang tak berbelah bagi tu..
Jadi begitulah hal nya diri ana, bila mak ayah kata sanggup nak datang
jordan ni untuk tengok ana berjaya di hadapan mata mereka...
maka SEMANGAT PUN KIAN MEMBARA
bak kata orang seperti obor yang membara tetapi
mudah-mudahan semangat ini akan
berterusan hingga penghujungnya...AMEEN

Wednesday, February 11, 2009

uSiA yAnG MeNiNgKaT

Alhamdulillah...dengan nikmat iman dan Islam ana diberi peluang oleh Allah s.w.t
untuk terus beribadah dan meneruskan perjuangan di Bumi ini. Baru2 nie usia ana pun dah
meningkat kepada usia 23 tahun. Macam2 dugaan dan cabaran yang ana telah lalui sepanjang
hidup di dunia ini. Ana yakin semua manusia yang diciptakan Allah akan melalui dugaan
dan cabaran yang datang dengan kehendak Allah. Kita tak mampu lari dari dugaan tersebut
tetapi kita perlu berhadapan dgn nya. Dalam kita berhadapan dengan ujian Allah, kita perlulah
menyiapkan diri kita samada dari segi fizikal dan mental. Islam telah mengajar kita supaya
bersabar dalam setiap ujian yang menimpa kita. Ana akui untuk kita bersabar dan redha dengan
ujian yang ditimpakan ke atas kita bukanlah satu perkara yang mudah tetapi yakin lah wahai
saudara2 ku sekalian...ujian itu adalah satu nikmat dan kelebihan buat kita daripada ALLAH
s.w.t.
Cuba kita fikir dan muhasabah diri kita balik.....
1)Mungkin ada kesilapan dahulu yang pernah kita lakukan tetapi kita tak sedar maka Allah
membalasnya ketika kita masih didunia ini dan kita perlu bersyukur....
bersyukur kerana Allah tak balasnya semasa kita diakhirat kelak.....
2)mungkin juga ini adalah satu ujian yang Allah berikan agar kita lebih kuat pd masa akan dtg...
3)mungkin juga kerana Allah terlalu sayang pada kita dan Dia tidak mahu kita lupakan Dia...
maka oleh itu ujian yang diberi akan mendekatkan diri kita padaNYA...
sahabat2 tahu bagaimana??cuba lihat...bila kita susah,pada siapa kita mintak pertolongan?
Bukankah pada ALLAH yg ESA.....subhaNallah...sayangnya Allah pada kita.

Fikir2 kan lah saudara2 ku sekalian.jangan sia siakan hidup yang masih berbaki ini.
Teruskan berjuang!
Teruskan menuntut ilmu!
Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan!
Hargailah jasa ibu bapa dan ahli keluarga mu!
Hargailah Saudara2 mu!
Banyak kan doa kepada Allah!
Kuatkan Iman dan banyakkan amal ibadah!

Akhir sekali ana ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat2
ana yang sudi meraikan hari lahir ana yang ke-23. walaupun ana menyambutnya tanpa
keluarga tersayang di Jordan nie tapi dengan kehadiran kalian disisi ini memberikan seribu
makna dan kesenangan dihati. Syukran atas ukhuwwah yang diberikan. Hanya Allah
yang mampu membalasnya.
Inilah istimewanya ukhuwwah didalam Islam....bukan hanya diikat dengan bertentang
mata dan berjumpa tetapi diikat oleh Aqidah yang satu serta keikhlasan hati.

Ya Allah tetapkan hatiku dan hati saudara2 ku di Jalan MU...Ameen
Ingatlah bahawa dengan meningkatnya usia kita bererti kita juga hampir kepada saat
kematian!!! sekian

Thursday, February 5, 2009

TUNTUTAN BERMASYARAKAT



Keperluan Bermasyarakat.

Islam menuntut umatnya supaya hidup bermasyarakat. Hal ini dapat dilihat melalui sejarah , di mana
orang-orang Yahudi menetap bersama dengan orang-orang Arab sejak zaman sebelum Islam lagi.
Rasulullah s.a.w telah mengharuskan bagi orang-orang Arab untuk bertanya kepada orang-orang Yahudi
berkaitan sejarah lama seperti tokoh , peristiwa dan cerita tertentu yang di ambil daripada ajaran kitab
Taurat dan buku-buku ugama mereka yang lain. Namun, pertanyaan mereka itu terhad kepada aspek-aspek
tertentu, tidak termasuk aspek Akidah. Hal ini juga bukan bermakna Islam membenarkan apa yang termaktub
dalam kitab mereka tetapi sekadar untuk melakukan perbandingan di antara ajaran mereka dengan ajaran
islam yang Rasulullah s.a.w bawa. Tuntutan ini juga lebih jelas lagi berdasarkan Firman Allah :

surah an-Nisa ayat 36 :
Maksudnya : “ dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat dan orang-orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takabur dan suka meninggi-ninggikan diri ”.

Ayat ini dapat kita fahami bahawa perjalanan hidup bermasyarakat suatu perkara yang dituntut lebih-lebih
lagi kita sesama umat Islam. Perbuatan ini juga merupakan salah satu cabang keimanan kita terhadap Allah s.w.t
melalui sabda Rasulullah s.a.w :


مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِيْنَ فَلَيْسَ مِنْهُمٌ وَمَنْ اَصْبَحَ وَهَمُّهُ غَيْرَ اللهِ فَلَيْسَ مِنَ الله.
( رواه الطبراني )

Maksudnya : “Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”.

Manusia juga perlu hidup bermasyarakat supaya dapat membina sebuah keluarga yang harmoni
dan negara yang aman damai. Hal ini kerana, kehidupan bermasyarakat itu sendiri mempunyai nilai-nilai yang murni seperti bantu-membantu dan menjaga hak-hak yang sepatutnya diperolehi setiap individu khususnya
atau masyarakat umumnya.

Fiman Allah s.w.t :
" ....و تعاونوا عل البر و التقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان واتقواالله إن
الله شديد العقاب "

Surah Al-Maidah (ayat : 2)

Maksudnya : “…dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan Takwa, dan jangan tolong menolong dalam
berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwa lah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat seksaannya.”



Peranan dalam bermasyarakat.

Sebagai manusia yang hidup dalam suasana masyarakat yang berbilang kaum dan agama, kita
perlu mengetahui akan peranan sebagai masyarakat itu sendiri. Antara peranan tersebut ialah :

(1) Menghargai akan kehadiran mahkluk Allah yang ada di muka bumi ini samada manusia, haiwan,
tumbuh-tumbuhan dan lain-lain lagi.

(2) Mengambil tahu terhadap segala kesusahan dan penderitaan yang di alami oleh mereka.
Sekurang-kurangnya kita memberi harapan yang baik terhadap mereka.

(3) Bekerjasama dalam setiap masalah kemanusiaan dan membantu dalam usaha baik
yang ingin mereka capai.

Akhirnya, terdapat beberapa pengajaran yang dapat disimpulkan daripada keterangan
diatas, antaranya :


1. Menurut Sunnahtul Allah, bahawa manusia tidak boleh hidup bersendirian. Oleh sebab itu, manusia tidak dapat lari dari hidup bermasyarakat yang saling perlu memerlukan dan saling bergantung antara satu sama lain.

2. Masyarakat yang hidup saling tolong menolong dan hidup dalam suasana ukhuwwah, akan hidup dalam keadaan aman dan sejahtera, makmur dan bahagia.

3. Tuntutan menunaikan tanggungjawab sesama umat Islam atau melaksanakan hak mereka merupakan salah satu dari cabang iman. Sesiapa yang melaksanakan tuntutan ini akan mendapat ganjaran pahala serta dikasihi Allah s.w.t. dan Rasul.

4. Semangat bantu membantu dan hidup berkasih sayang serta bertolak ansur dapat membentuk perpaduan yang jitu. Disamping ia dapat menghindarkan dari anasir-anasir yang tidak sihat, perbuatan khianat, fitnah dan sebagainya yang boleh mengancam kehidupan mesyarakat.

Sunday, February 1, 2009

Chicken Run

Assalamualaikum Sahabat2 sekalian, disini ana ingin berkongsi dengan sahabat2 satu pengalaman
yang ana rasa cukup indah dan bermanfaat. Ana rasa sahabat2 juga mungkin tidak akan melepaskan
peluang sekiranya diberi kesempatan. Sahabat2 nak tahu apa dia? Hah, apa lagi kalau bukan
chicken run. Sahabat2 jangan terkejut, chicken run ini sebenarnya merupakan salah satu program
yang dianjurkan oleh beberapa Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Malaysia di Jordan. Program ini
diadakan bertujuan menambah ilmu serta merapatkan ukhuwwah antara pelajar-pelajar yang
menuntut di Jordan.

Program tersebut memberi bermacam-macam pengalaman yang tidak mungkin ana dan sahabat2 ana
yang lain akan lupakan kerana aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk kami sangat bermanfaat dan
menyeronokkan. Kalian nak tahu apa antara aktiviti yang ada? Kami telah diberi peluang untuk
menyembelih ayam tetapi sebelum kerja2 penyembelihan itu dijalankan, kami telah diajar cara-cara
yang betul bagi menyembelih binatang sembelihan berdasarkan apa yang telah diajar oleh Islam.
Bukankah ini satu ilmu yang penting untuk kita pelajari? Tidak dinafikan bahawa aktiviti penyembelihan
binatang atau lebih senang disebut korban ini sentiasa dijalankan setiap tahun iaitu lebih khusus lagi
ketika kita menyambut Hari Raya AidilAdha. Tetapi sedarkah kita bukan semua yang mengetahui
cara-cara yang betul menjalankan korban tersebut…apa yang kebiasannya kita tahu adalah hanya
menanti daging korban siap dilapah untuk dimasak sup atau kari dan sebagainya. Manakala, adik-
adik kita yang masih kecil pula tidak habis-habis mengomel “eii…kesiannye lembu tu nak kene
sembelih”, “Kakak2…kenape dia kene sembelih?sakit la dia” dan macam-macam lagi.
Cuba sahabat2 bayangkan sekiranya sahabat2 diminta untuk menjalankan korban tersebut…aL maklum
lah, lebih2 lagi ustaz2 atau ustazah2 yang balik dari belajar kat luar negara contoh kat Jordan nie atau
contoh sahabat2 lain yang ayahnya Tok imam masjid…”Aji…apa kata korban tahun ni anak aji pulak
kita lantik jadi ketua untuk mengetuai majlis korban?bile lagi budak2 muda nak belajar”
Hah! Tak ke mengelabah kita? Jadi program2 seperti chicken run nie lah yang dapat mendedahkan
lebih awal kepada kita tentang bagaimana perjalanan korban tersebut. Beruntung rasanya diri ini
walaupun ana sebagai muslimah dan jarang sekali kita lihat muslimah mengambil tempat dalam
penyembelihan binatang(korban) ini, bagi ana ianya bukanlah batu pengahalang untuk kita
mempelajarinya.

Selepas kami semua diajar bagaimana proses2 penyembelihan itu diajalankan, maka bermulalah
saat yang ditunggu-tunggu…semua pelajar sudah bersedia ditempat penyembelihan dimana
satu lubang besar telah digali..
.
Seterusnya apabila tiba giliran ana, ana cuba mendekati reban
ayam dan mengambil seekor daripadanya…ana sendiri tak sangka dapat pegang ayam hidup2
tapi yang ana pelik ayam2 Jordan nie jinak…tak macam ayam kat Malaysia, uih sekali nak dekat je
terus bunyi dan mengibas sayapnya sedaya mungkin untuk lari. Lucu jugak ayam2 kat Jordan nie, macam
tau2 je nak disembelih…pasrah la kot. Akhirnya, sesi korban pun berjalan dengan selamatnya.

Kemudian, ayam tersebut dimasukkan ke dalam air yang panas untuk memudahkan bulunya dicabut.

Setelah selesai bulu ayam dicabut, kesemua ayam dibersihkan dan diperap dengan rempah yang
telah disediakan. Akhir sekali, masa untuk memanggang….letih juga nak menyalakan bara api
tempat ayam tu akan dipanggang tapi apabila semuanya dah selesai dan kami dapat makan ayam2
tersebut…penat pun hilang.

Erm,tak lupa juga ana nak cerita pada sahabat2 tentang gelagat2 pelajar
ketika program tu berjalan.Sahabat2 nak tahu apa yang paling melucukan?ada di antara pelajar
yang menjerit..”eii…gelinye pegang ayam tu sebab dia bergerak-gerak”, ada juga yang menunjukkan
kehandalannya menjinakkan ayam, ada juga yang berkata ”owh…macam tu ke nak pegang ayam”
“owh…macam tu ke cara2 nak cabut bulu ayam,tak tau pun sebelum nie” dan macam-macam lagi.
Untuk akhirnya, pengalaman ini amat memberi kesan kepada diri ana kerana ilmu yang ana dapat ini
boleh ana guna pada masa akan datang…manalah tahu suatu hari ayam yang jual kat pasar sangat
mahal, maka ana boleh ambil keputusan untuk pelihara ayam dan sembelihnya sendiri. Selain itu,
sekiranya ana ada peluang membuka kilang memproses ayam, jadi ana boleh mempraktikkan apa
yang telah dipelajari dikilang tersebut. Maka akan terhasillah makannan yang halal seperti yang
islam kehendaki. Oleh itu, ana berharap sahabat2 diluar sana juga tidak melepaskan peluang
seperti ini sekiranya ada di depan mata. Percayalah ia bukan hanya bermanfaat tetapi merupakan
satu pengalaman yang sangat manis.Hehe..nie saje2 nak citer sbb baru belajar buat blog jd tak tau nak posting apa.Sekian.Syukran.