Wednesday, May 6, 2009

sape Rasa diri Dia??

Diri per-1: Bila dalam class si empunya diri
rasa mengantuk je..pastu tertido tapi bila cikgu
tanya soalan dia boleh jawab plk dgn tiba2..he

Diri ke-2: Selalunya bila housemate tiba giliran
memasak...si empunya diri akan mencadangkan
menu untuk housemate dia masak..
belum sempat lagi orang yang nak masak tu
berfikir menu apa yg nak dimasak..he

Diri ke-3: Bila si empunya diri tengok kat cermin..
tiba2 terasa diri comel pulak..he

Diri ke-4: Bila si empunya diri ada duit banyak...
senang je rasa nak belanja orang makan itu lah..
ini lah..he

Diri ke-5: Bila tarikh exam jauh lagi..si empunya diri akan
cakap"oklah exam lambat lagi" lepastu
bila tarikh exam dah dekat...si empunya
diri cakap"ish sempat ke baca habis nie..banyak
sangat nie tak patut betul cikgu masukkan bnyk2"

Diri ke-6: Bila si empunya diri membeli hadiah atau barang2
untuk diberi pada orang lain, kemudian dia akan
rasa menyesal sbb bagi benda tu kat orang..

Diri ke-7: Bila si empunya diri nampak orang susah..
terus dia ringankan tangan untuk membantu..

Diri ke-8: Bila seorang kawan mengajak si empunya diri
beriadah atau berjalan jalan...si empunya diri
banyak memberi alasan...

Diri ke-9: Bila azan berkumandang..si empunya
diri cepat memberhentikan segala
aktiviti keduniaan dan terus bersiap sedia
untuk pegi solat....

Diri ke-10: Sepanjang hidup di dunia..si empunya diri
merasakan dia adalah yang terbaik dalam
melakukan semua hal...tetapi masih kurang
baik dalam melakukan ibadah

Diri ke-11: Si empunya diri rasa jauh dengan Allah..

Diri ke-12: Si empunya diri merasakan inilah saat yang
paling baik dan sesuai untuk ubah diri dan
mengajak orang lain kepada kebaikan
tanpa perlu tunggu saat lain yang datang
iaitu HARI KIAMAT.....

Sedarlah wahai manusia C A N T I K
C - Cuba
A - Anda
N - Nilai
T - Tahap
I - Iman
K - Kita