Saturday, April 4, 2009

Setengah Hari Menjadi Doktor..!!?

Terima kasih ana ucapkan buat sahabat2 ana yang
sudi meluangkan masa buat ana untuk merasai
pengalaman menjadi seorang doktor. Walaupun
hanya setengah hari, ia tetap menjadi sangat
bermakna buat diri ini.

Tampat: King Abdullah University Hospital, Jordan
Tarikh : 3 April 2009 (Jumaat)
Masa : 4.00 Petang(waktu Jordan
)



Apabila kaki mula melangkah masuk pintu utama
hospital….hati ana terhenti sekejap sebab
teringatkan balik niat utama datang ke hospital nie.
Bukan datang untuk bersuka ria tetapi bertujuan
untuk lebih mengingati Allah akan kebesaran
dan kekuasaan Nya. Dengan berbekalkan
‘baju Putih doktor’ yang dipinjam dari salah seorang
sahabat ana yang menuntut dalam bidang
kedoktoran, ana berjalan memasuki wad kanak2
bersama sahabat ana yang lain. Dari satu bilik ke
satu bilik yang lain, akhirnya kami tiba disuatu bilik
yang di duduki oleh seorang budak kecil yang sangat
comel bersama ibunya. Kami cuba beramah mesra
dengan mereka dan kami telah diberitahu oleh
si ibu budak kecil itu akan penyakit yang di hadapi
oleh anaknya. Si kecil itu disahkan menghidapi
penyakit ‘Anemia’. Hati kecil ana sedih mengenangkannya.



Allah itu maha kuasa, Dia boleh mendatangkan
penyakit…tidak kira samada tua atau muda, lemah
atau kuat, cerdik atau kurang pandai dan sebaginya.
Sabarlah wahai saudara kecil ku…..percayalah Allah
itu Maha Adil. Dia mendatangkan penyakit..
tetapi Dia juga yang menyediakan
ubatnya (ana berkata di dalam hati sendiri).

Kemudian, kami berjalan lagi ke wad yang seterusnya.
Bermacam-macam pesakit yang kami temui.
Akhirnya, kami menamatkan ziarah kami pada
hari tu dengan berehat dan menunaikan solat asar
di musolla yang bertempat di dalam hospital.


Tahniah kepada sahabat2 ana yang mengambil
bidang kedoktoran kerana jasa kalian semua
amat besar dan berharga. Juga beruntunglah
dan rasa bersyukurlah kalian akan nikmat yang
Allah berikan pada kalian setiap hari, dimana
kalian semua akan sentiasa rapat dan mengingati
Allah setiap kali kalian menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang besar ini. Kalian juga
perlu ingat, setiap apa yang terjadi adalah atas
kehendak Allah s.w.t yang Maha Agung. Wassalam.

Thursday, April 2, 2009

"Ma'rad Thaqofi"..

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah atas izin Allah s.w.t, akhirnya ma'rad Thaqofi di
Jamiah Yarmouk dapat dijalankan dengan lancarnya.
Ma'rad nie biasanya akan diadakan pada setiap
tahun bagi memperkenalkan budaya yang ada
disetiap negara. Antara negara2 yang terlibat
ialah Brunei, Indonesia, Bahrain, Palestin,
Iraq dan negara2 lain lagi. "Malaysia Tanah Air Ku"
juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta..
Disini ana nak kongsi beberapa gambar yang sempat
ana ambil ketika melawat ma'rad tersebut...


Gubahan Hantaran
sebagai paparan.


Ruang Budaya Malaysia.


Beberapa paparan lain.

Dibawah ini pula antara ruangan budaya yang dipaparkan oleh negara2
yang terlibat seperti Brunei, Indonesia, Bahrain dan Lubnan.


Bahrain


Indonesia


Brunei


Lubnan