Friday, February 20, 2009

Semangat yang kian membara!!



Assalamualaikum..

Alhamdulillah semester akhir telah bermula. 2 minggu sudah ana dan sahabat2 seangakatan yang akan takharuj fasal nie menempuhnye
dengan perasaan risau, gerun, sedih dan sebagainya.
Tapi yang manisnya adalah masing2 sama ingat- mengingati, nasihat- menasihati dan memberi semangat antara satu sama lain.
Al-maklum lah, semua sama2 nak menamatkan pengajian
peringkat BA dengan cemerlang..jadi itulah lumrah hidup, dimana kita saling mendoakan kejayaan saudara kita yang lain.
Nak di kongsikan juga disini, bukan setakat itu sahaja semangat untuk terus
berjuang datang.. bahkan ada yang lebih dari tu lagi...
Disebabkan kami ni adalah student2 yang dikatakan jauh di mata tapi dekat
di hati(duk kat negara orang)hehe...macam biasalah,
mak ayah tersayang mestilah nak tengok anak-anaknya
berjaya di depan mata serta menerima segulung ijazah pun di hadapan mereka.
Alangkah beruntungnya kita mempunyai kasih sayang mak ayah
yang tak berbelah bagi tu..
Jadi begitulah hal nya diri ana, bila mak ayah kata sanggup nak datang
jordan ni untuk tengok ana berjaya di hadapan mata mereka...
maka SEMANGAT PUN KIAN MEMBARA
bak kata orang seperti obor yang membara tetapi
mudah-mudahan semangat ini akan
berterusan hingga penghujungnya...AMEEN

3 comments:

  1. salam aimi, kita baca aimi punyer postg ni kn. rasa semangat membara tu menjalar dalam diri kita juga.. ok,moga semngat kita semua xpernah hilang dan luntur. begitu juga dengan keimanan kita tidak akn berkurang n pastikan sentiasa bertambah.
    syukran ukthie ku.

    ReplyDelete
  2. WSlm....InsyaAllah kita sama2 berjaya..Ameen

    ReplyDelete