Saturday, April 4, 2009

Setengah Hari Menjadi Doktor..!!?

Terima kasih ana ucapkan buat sahabat2 ana yang
sudi meluangkan masa buat ana untuk merasai
pengalaman menjadi seorang doktor. Walaupun
hanya setengah hari, ia tetap menjadi sangat
bermakna buat diri ini.

Tampat: King Abdullah University Hospital, Jordan
Tarikh : 3 April 2009 (Jumaat)
Masa : 4.00 Petang(waktu Jordan
)



Apabila kaki mula melangkah masuk pintu utama
hospital….hati ana terhenti sekejap sebab
teringatkan balik niat utama datang ke hospital nie.
Bukan datang untuk bersuka ria tetapi bertujuan
untuk lebih mengingati Allah akan kebesaran
dan kekuasaan Nya. Dengan berbekalkan
‘baju Putih doktor’ yang dipinjam dari salah seorang
sahabat ana yang menuntut dalam bidang
kedoktoran, ana berjalan memasuki wad kanak2
bersama sahabat ana yang lain. Dari satu bilik ke
satu bilik yang lain, akhirnya kami tiba disuatu bilik
yang di duduki oleh seorang budak kecil yang sangat
comel bersama ibunya. Kami cuba beramah mesra
dengan mereka dan kami telah diberitahu oleh
si ibu budak kecil itu akan penyakit yang di hadapi
oleh anaknya. Si kecil itu disahkan menghidapi
penyakit ‘Anemia’. Hati kecil ana sedih mengenangkannya.



Allah itu maha kuasa, Dia boleh mendatangkan
penyakit…tidak kira samada tua atau muda, lemah
atau kuat, cerdik atau kurang pandai dan sebaginya.
Sabarlah wahai saudara kecil ku…..percayalah Allah
itu Maha Adil. Dia mendatangkan penyakit..
tetapi Dia juga yang menyediakan
ubatnya (ana berkata di dalam hati sendiri).

Kemudian, kami berjalan lagi ke wad yang seterusnya.
Bermacam-macam pesakit yang kami temui.
Akhirnya, kami menamatkan ziarah kami pada
hari tu dengan berehat dan menunaikan solat asar
di musolla yang bertempat di dalam hospital.


Tahniah kepada sahabat2 ana yang mengambil
bidang kedoktoran kerana jasa kalian semua
amat besar dan berharga. Juga beruntunglah
dan rasa bersyukurlah kalian akan nikmat yang
Allah berikan pada kalian setiap hari, dimana
kalian semua akan sentiasa rapat dan mengingati
Allah setiap kali kalian menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang besar ini. Kalian juga
perlu ingat, setiap apa yang terjadi adalah atas
kehendak Allah s.w.t yang Maha Agung. Wassalam.

3 comments:

  1. salam..syoknye dapat merasai kerjaya doktor...impian dan cita2ku suatu ms dulu yg tak kesampaian

    ReplyDelete
  2. oohh aimi.. x btau pun nak hang-out kat KAUH. kalau x boleh kte belanja kat cafe. hehe. datang la lagi nanti.

    ReplyDelete
  3. uiks kak aimi.. oo, mnyeludup ek? hehehe....

    akak pergi bila nih? mesti best kan? ainul pun tak buat lagi nih.. tak sabor la.. huhu

    ReplyDelete